The Fairus Group

  • Home
  • DSF Profile
    • Achievement
  • Research
  • Publications
    • 2024
    • 2023
    • 2022
    • 2021
    • 2020
    • 2019
    • 2018
    • 2011-2017
  • Group
    • Current Members
    • Former Members
  • Teaching
  • Contact

Visit to Prince Songkla University (PSU), Hat-Yai

April 25, 2016 By Admin Leave a Comment

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk melawat dan memberikan pembentangan kajian penyelidikan di Prince Songkla University (20-22 April 2016). Pertama sekali saya menjejakkan kaki ke negara Thailand adalah May 2015, iaitu di Bangkok. Bandar Bangkok merupakan bandar yang sangat sibuk. Namun, sebaliknya di Hat-Yai, suasana di sana agak nyaman dan damai jika dibandingkan dengan Bangkok. Saya suka!

Seramai 4 orang di kalangan kami yang mendapat jemputan tersebut, saya sendiri, Prof Bohari, Dr Aishah dan Dr Azwani. Prof Bohari telah berlepas ke sana pada 18 April kerana beliau dijemput sebagai penceramah bagi ‘Workshop on Crystallography’. Manakala, Dr Azwan yang sepatutnya berlepas pada 19 April terpaksa membatalkan perjalanan beliau pada saat-saat akhir kerana kesihatan bapa beliau yang tidak mengizinkan. Dengan itu, pada 20 April saya bersama-sama Dr Aishah telah terbang ke Hat-Yai.

20 April

Setibanya kami di Hat-Yai International Airport, kami telah disambut oleh Dr Nararak Leesakul. Kami dibawa ke restoran (Halal) untuk makan tengahari. Alhamdulillah, ada komuniti di Hat-Yai yang beragama Islam. Oleh itu, banyak restoran halal ada di mana-mana sahaja. Kemudian, kami terus dibawa ke Buri Sriphu Hotel. Dr Nararak juga telah membawa kami untuk makan malam dan memperkenalkan kami kepada 2 orang lagi rakan sekerja beliau di PSU (Dr Saowanit) dan bekas penyelia (Dr Kahnitha).

IMG_5583

21 April

Dr Nararak telah menjemput kami (termasuk Prof. Bohari) di hotel untuk ke PSU. Jarak hotel ke PSU mengambil masa dalam 10 minit. Mengikut pengamatan saya, kawalan agak ketat di pintu masuk universiti yang mana setiap pemandu motosikal dan kereta perlu memberikan kad ID mereka untuk diimbas. Bonet kereta juga akan diperiksa sebelum mendapat kebenaran untuk memasuki kampus. Jika dibandingkan dengan kawalan untuk memasuki kampus UKM, jauh sekali amat berbeza. Lebih-lebih lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang mana pondok pengawal yang sepatutnya berada di pintu masuk UKM telah diturunkan. Mungkin anda boleh memikirkan akibatnya sekiranya motor/kereta dapat masuk/keluar kampus dengan sewenang-wenangnya?

Sesampai di Department of Chemistry, kami telah dibawa ke bilik mesyuarat dan pembentangan kajian penyelidikan antara UKM/PSU bermula serta-merta setelah semua ahli telah hadir. Seramai 3 orang wakil daripada UKM dan 5 orang wakil PSU yang memberikan pembentangan. Apa yang saya boleh simpulkan daripada perbincangan/pembentangan tersebut adalah keseluruhannya sangat menarik dan ada beberapa bidang kajian yang telah didapati sesuai untuk dijadikan kajian kerjasama antara PSU dan UKM.

Perbincangan tersebut tamat pada pukul 1 tengahari dan kami dibawa untuk bergambar di kawasan Fakulti. Seterusnya adalah makan tengahari dan melawat kedai untuk membeli buah tangan dari Hat-Yai. Kemudian, kami kembali ke hotel untuk berehat.

FullSizeRender 3

 

FullSizeRender 2

 

IMG_5423

22 April

Kami tiada perancangan untuk melawat mana-mana kawasan di Hat-Yai kerana tempoh berada di sana adalah sangat singkat. Penerbangan balik ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 1245 pm. Dr Saowanit dan Dr Nararak telah menghantar kami ke lapangan terbang untuk kembali ke Malaysia.

****

Begitulah aktiviti kami sepanjang berada di Hat-Yai. Ringkas dan santai! Matlamat lawatan telah tercapai dan Insyaallah akan meneruskan jalinan kerjasama seperti yang telah dipersetujui. Saya perlu mengatakan yang saya sebagai pensyarah di UKM adalah sangat beruntung kerana jadual kerja (mengajar) tidaklah sangat sibuk jika hendak dibandingkan pensyarah di PSU (lebih-lebih lagi di Department of Chemistry). Mereka (Pensyarah Kimia di PSU) perlu menghadiri sesi amali selama 3 jam setiap hari dan sesi amali tersebut dijalankan sebanyak 4x seminggu. Tambahan dengan itu, mereka juga perlu mengajar subjek hampir setiap hari dan juga perlu menyelia pelajar msc/phd. Walaupun dalam kesibukan tanggungjawab hakiki pengajaran, mereka juga berjaya menjalankan kajian-kajian yang tidak kurang hebatnya. Impressive! Perlu juga saya tambah disini, Dr Nararak yang melayan sepanjang kami berada di sana memegang jawatan yang agak tinggi iaitu, Timbalan Dekan. Walaupun sibuk dengan urusan pentadbiran, peribadi (LDR dan anak tidak sihat) tapi masih boleh memberikan layanan yang terbaik sepanjang lawatan kami. Alhamdulillah.. Kami berasa sungguh beruntung.

Apabila dipertemukan dengan orang-orang yang baik pada satu tempat yang agak selesa (Hat-Yai, satu jam daripada Songkla dan Yala), Insyaallah saya ingin berkunjung ke sana lagi sekiranya mendapat peluang kedua.. Semoga diperkenanNya.. Amin..

 

******

TRAVEL IS THE ONLY THING YOU BUY THAT MAKES YOU RICHER

******

XOXO

Filed Under: Travel, Work

About Us

A research group under supervision of Assoc. Prof. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, sitifairus@ukm.edu.my

Contact Us

Dr. Siti Fairus Binti Mohd Yusoff

Telephone : 03-89214215
Fax : 03-89215490
Email : sitifairus@ukm.edu.my

Join Our Group

Interested in joining the group?

We are always interested in hearing from students who are interested in graduate studies at UKM. Please contact Dr. Fairus to discuss project availability.

Connect With Us

Want to keep up with what's going on at the group? Follow us across our Social Networks.
  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Linkedin
  • Twitter
  • YouTube

Copyright © 2025 · The Fairus Group · Elfbytes Web Hosting · Log in