The Fairus Group

  • Home
  • DSF Profile
    • Achievement
  • Research
  • Publications
    • 2024
    • 2023
    • 2022
    • 2021
    • 2020
    • 2019
    • 2018
    • 2011-2017
  • Group
    • Current Members
    • Former Members
  • Teaching
  • Contact

Cabaran Pelajar Tahun Akhir

March 20, 2017 By Admin Leave a Comment

Baru- baru ini saya berpeluang menyampaikan kuliah kepada pelajar yang sedang menjalankan projek tahun akhir. Topik dalam kuliah tersebut berkenaan dengan penulisan dan pembentangan tesis. Saya pernah melalui proses yang sama sebanyak dua kali (BSc dan PhD) dan saya akui proses tersebut adalah sangat mencabar. Kedua2nya lebih-lebih lagi bahagian penulisan (Results and Discussion) memerlukan kreativiti dan semangat yang kuat. Untuk melaporkan data (Results) yang diperoleh adalah mudah akan tetapi membincangkan data2 tersebut (Discussion) adalah bahagian yang betul2 mencabar. Baik bagi pelajar Sains atau Sains Sosial.

Walaupun mencabar tetapi tidak mustahil. Poses penyeliaan antara pelajar dan penyelia adalah proses dua arah (read: reversible). Pelajar boleh mentafsir data sendiri dengan merujuk kepada senior, buku, tesis atau artikel jurnal yang lepas-lepas. Akan tetapi, untuk bahagian perbincangan seeloknya pelajar perlu rujuk kepada penyelia. Saya sentiasa berpesan kepada pelajar seliaan saya, sekiranya penyelia agak sibuk, boleh rujuk kepada senior master atau phd. Apa yang penting adalah jangan malu atau segan untuk bertanya. Pepatah mengatakan ‘malu bertanya sesat jalan’. Harapnya bila perbincangan tersebut sudah ada, maka penulisan dalam tesis akan menjadi jelas dan lancar. Penulisan yang jelas akan memudahkan proses pembentangan tesis kelak.

Pembentangan tesis merupakan satu tugasan yang digeruni (tapi bukan yang paling gerun) oleh kebanyakan pelajar. Walaupun tempohnya sangat pendek, tetapi terasa begitu lama sekali untuk tamat. Ingin saya kongsikan pengalaman saya yang lepas. Setiap kali sebelum pembentangan (semua jenis pembentangan-group meeting, subgroup meeting, viva, simposium, conference etc), saya akan berlatih berjuta-juta kali (read: BANYAK). Sebelum latihan, saya akan sediakan slides yang bersesuaian. Slides tersebut akan dirujuk kepada penyelia terlebih dahulu supaya beliau dapat komen dan memberikan pendapat untuk penambahbaikan. Pada SETIAP slides, saya akan sediakan teks. Dengan teks tersebutlah saya akan berlatih sebanyak yang mungkin (termasuk berlatih dihadapan penyelia) supaya pembentangan lancar mengikut masa yang diberikan. Lagi bagus (pada saya lah) sekiranya berlatih dibilik pembentangan yang sebenar. Ianya membantu untuk melihat kesesuaian keseluruhan slides, mana tempat untuk berdiri, ‘test’ pendrive/laptop atau laser pointer yang akan digunakan. Dengan itu, ianya boleh mengurangkan apa sahaja kemungkinan masalah yang akan berlaku sebelum sesi pembentangan. Teknik sebegini saya amalkan ketika BSc dan sepanjang perjalanan 3.5 tahun PhD. Untuk perkongsian dan harap dapat memberikan semangat kepada pelajar sekalian, alhamdulillah saya pernah terpilih salah seorang pembentang terbaik (BSc), 2nd runner up pembentang poster terbaik (Tahun 2 – PhD) dan 3rd runner up pembentang oral terbaik (Tahun 3 – PhD). Saya akui pembentangan dalam bahasa Inggeris bukanlah perkara yang senang lebih-lebih lagi ketika simposium PhD (di Bristol) rata2 pelajar yang lain adalah pelajar English yang sememangnya sudah fasih berbahasa sendiri. Dengan itu, saya dapat simpulkan walaupon kena membentang dalam bahasa Inggeris (bukan bahasa kita), ada banyak faktor lain yang akan menyumbang kepada kualiti pembentangan seperti pengisian slides, penggunaan masa, cara penerangan, keyakinan, eye-contact etc. Kesemua ini boleh diperolehi dengan berkomunikasi dengan penyelia (atau yang lebih perpengalaman) dan adakan latihan pembentangan.

Satu lagi tugasan selepas pembentangan (INI YANG PALING GERUN) adalah menjawab soalan daripada penonton (lebih-lebih lagi daripada pemeriksa). Perkongsian untuk bahagian ini akan saya kongsikan pada post yang lain ya..

XOXO

Filed Under: Sharing is caring

Pengalaman Menulis Tesis PhD – SFMY

August 12, 2016 By Admin 1 Comment

PhD – rata-rata ramai memberikan nama penuh PhD adalah Permanent Head Damage. Tetapi saya masih mengingati kawan rapat saya ketika di University of Bristol, Dr Muhammad Zamir Othman, beliau gelarkan PhD sebagai ‘Perjalanan Hujung Dunia’. Salah satu gelaran yang unik dan ‘positif’ yang bersesuaian dengan perjalanan dan proses demi menyiapkan satu tesis. Ketika saya melalui momen menulis tesis PhD, banyak pengalaman yang saya pelajari (disamping mempelajari cara menangani tekanan menulis tesis!). Format tesis yang perlu saya sediakan adalah berdasarkan format artikel jurnal (publication-based). Pada fikiran saya, ianya agak mudah jika dibandingkan dengan format konvensional (pendahuluan, kajian kepustakaan, metodologi, hasil & perbincangan dan kesimpulan). Secara jujurnya saya tidak pasti adakah format tersebut diminta oleh University of Bristol tapi yang pasti saya hanya mengikut cadangan penyelia saya. Oleh kerana saya mempunyai 4 projek yang berbeza, dengan itu setiap satunya boleh jadikan satu bab. Walaupun keempat-empatnya berbeza tajuk tapi ianya masih berkait antara satu sama lain. Daripada keempat-empat projek tersebut, tiga daripadanya adalah 100% disiapkan oleh saya sendiri. Manakala, satu daripadanya (projek 4) merupakan hasil kerjasama antara saya dan kumpulan penyelidikan Prof. G, J. Vancso daripada University Twente, Netherlands. Secara keseluruhannya, tesis PhD saya terdiri daripada:

Tajuk tesis: Crystallization-Driven Self-Assembly of Polyferrocenyilsilane-Based Block Copolymers

  • Bab 1-Pendahuluan
  • Bab 2-Projek 1 (diterbitkan di Journal of the American Chemical Society)
  • Bab 3-Projek 2 (belum diterbitkan)
  • Bab 4-Projek 3 (diterbitkan di Macromolecules)
  • Bab 5-Projek 4 (diterbitkan di Polymer)
  • Bab 6-Penutup

Saya akui dan saya rasa ramai juga bersetuju dengan saya, bahawa menulis tesis adalah bukan perkara yang mudah. Ada juga yang kecundang ketika sedang menyiapkan tesis walaupun itu hanya itu sahaja proses yang tinggal. Kes tersebut bukan sahaja di luar negara (di makmal PhD saya sendiri) malahan di universiti tempatan. Syukur dalam kes saya, saya mempunyai penyelia dan senior yang ringan tulang untuk membantu membaiki tesis saya sehingga ianya berkualiti (di mata penyelia saya- Prof. Ian Manners) dan boleh di hantar kepada Graduate School.

Saya mula menulis pada umur kajian PhD saya 2.5 tahun. Untuk pengetahuan semua, tempoh saya menyiapkan penyelidikan PhD saya adalah 3.5 tahun. Ini bermakna tempoh yang saya ambil untuk menyiapkan satu tesis adalah 1 tahun. Seringkali saya ingatkan kepada pelajar seliaan saya bahawa

‘Jangan menunggu di saat akhir baru hendak mula menulis’.

Saya akan sentiasa mengungkapkan ayat tersebut kepada pelajar tanpa jemu supaya mereka tidak merasa ‘sakit’ pada penghujung perjalanan. Antara sebab lain juga penulisan patut dimulakan terlebih awal adalah supaya kita boleh melihat kekurangan kepada tesis tersebut. Sekiranya kekurangan itu diketahui lebih awal, makanya tindakan (eksperimen atau analisis tambahan) boleh dilakukan.

Saya faham sekiranya ada yang berputus asa ketika proses penulisan. Ini kerana anda perlu membuat pembacaan dengan banyak. Pada saya membaca review articles sangat membantu ketika proses tersebut. Review articles adalah satu artikel yang meringkaskan keadaan semasa mengenai topik yang dikaji. Ianya merangkumi kajian yang pernah diterbitkan, bukannya melaporkan fakta-fakta atau analisis yang baru. Tidak seperti artikel penyelidikan, review articles adalah sumber yang baik untuk mendapatkan gambaran asas tentang sesuatu topik. Akan tetapi, ini bukannya bermaksud anda perlu mengetepikan pembacaan artikel penyelidikan kerana maklumat dan fakta yang terkini adalah masih lagi datang daripada artikel penyelidikan. Secara keseluruhannya, pembacaan merupakan satu kebiasaan yang bagus yang akhirnya akan membantu memudahkan penulisan tesis.

Tahun terakhir saya di University of Bristol agak ‘tough’ kerana saya perlu menulis, melakukan eksperimen dan analisis sampel pada masa yang sama. Akan tetapi, saya tidak rasa terbeban pada penulisan kerana saya menulis artikel dan tesis pada satu masa yang sama dan mempunyai rakan-rakan makmal yang rajin menghulurkan bantuan. Oleh itu, jalinan dengan rakan makmal adalah antara yang terpenting dalam proses ini. Saya ingin menyebut nama mereka disini sempena menghargai jasa mereka kepada saya iaitu, Dr. Joe B. Gilroy (Assistant Professor di University of Western Ontario, Dr Felix Schacher (Professor di Jena University) dan Dr Ming-Siao Hsiao (postdoc di The University of Akron), antara individu yang banyak menolong saya ketika proses menulis. Saya bekerjasama dengan mereka untuk setiap satu projek. Oleh itu, mereka menawarkan untuk menyemak bab yang berkaitan dengan penyelidikan masing-masing sebelum saya menghantar bab tersebut kepada penyelia. Sedangkan adanya mereka yang menolong saya, masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan apabila sampai kepada penyelia. Oleh itu, seingat saya lebih daripada 5 draf telah saya sediakan sehingga penyelia telah berpuas hati untuk melepaskan penghantaran tesis. Saya berasakan sekiranya saya mula menulis tesis pada saat-saat akhir belum tentu saya dapat menamatkan ‘Perjalanan Hujung Dunia’ saya dalam tempoh 3.5 tahun.

Sekiranya anda melihat kepada sedikit sebanyak gambaran keseluruhan proses penulisan yang saya alami ini, adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan proses penulisan perlu dimulakan seawal yang boleh? Iya…Bagi yang cemerlang, adalah tidak mustahil untuk menyiapkan pada saat-saat akhir tetapi adalah sebaiknya‘sediakan payung sebelum hujan’.

Filed Under: Sharing is caring

About Us

A research group under supervision of Assoc. Prof. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, sitifairus@ukm.edu.my

Contact Us

Dr. Siti Fairus Binti Mohd Yusoff

Telephone : 03-89214215
Fax : 03-89215490
Email : sitifairus@ukm.edu.my

Join Our Group

Interested in joining the group?

We are always interested in hearing from students who are interested in graduate studies at UKM. Please contact Dr. Fairus to discuss project availability.

Connect With Us

Want to keep up with what's going on at the group? Follow us across our Social Networks.
  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Linkedin
  • Twitter
  • YouTube

Copyright © 2025 · The Fairus Group · Elfbytes Web Hosting · Log in