The Fairus Group

  • Home
  • DSF Profile
    • Achievement
  • Research
  • Publications
    • 2024
    • 2023
    • 2022
    • 2021
    • 2020
    • 2019
    • 2018
    • 2011-2017
  • Group
    • Current Members
    • Former Members
  • Teaching
  • Contact

Jigsaw Puzzle

August 2, 2017 By Admin Leave a Comment

*Admin: Artikel ini disumbangkan oleh seorang ahli penyelidik The Fairus Group. Selamat membaca*

2017

Pada suatu hari seperti hari-hari yang lain, aku meneruskan rutin yang kadang-kadang aku lakukan iaitu menonton Youtube berkenaan Life at Thinker. Life at Thinker yang aku tonton pada kali ada menceritakan mengenai kisah buli Haze. Pengalaman buli yang dialami oleh Haze telah mengingatkan aku mengenai perkara yang berlaku dalam hidup aku 10 tahun yang lalu.

2007

Ok kita kembali ke 10 tahun yang lalu (sebenarnya aku ingat sikit-sikit saja, mungkin ada bahagian yang aku terlupa dan terubah disebabkan aku lupa), aku dan rakan sekelas yang lain diberikan beberapa set tugasan matematik untuk disiapkan pada cuti sekolah (aku pun tak ingat berapa hari cuti). Tugasan matematik yang telah disiapkan tersebut perlulah ditandatangan oleh ibu bapa. Aku dengan yakinnya menyuruh ayahku untuk tandatangan pada set yang ada border sahaja (bodohnya aku).

Pada prep malam selepas berakhirnya cuti sekolah tersebut, seperti biasa, pelajar-pelajar akan berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang perlu dihantar. Kelihatan beberapa pelajar yang mungkin terlupa untuk mengambil tandatangan ibu bapa masing-masing sedang sibuk menandatangani sendiri tugasan matematik tersebut. Walaupun aku melihat mereka sibuk menandatangani kesemua set tugasan matematik, entah kenapa sifat terlalu yakin dengan diri sendiri telah membuatkan aku tidak berbuat apa-apa walaupun ayahku hanya menandatangani satu sahaja set tugasan matematik.

Keesokan harinya kami perlu menghantar kesemua set tugasan matematik, selepas semua pelajar telah menghantar, guru kami menyemak sama ada kesemua tugasan yang dihantar tersebut telah ditandatangani. Pada awalnya aku tidak perasan akan kesalahan yang aku lakukan (iaitu tidak menyuruh ayahku menandatangani kesemua set tugasan matematik), lalu dengan yakinnya aku tenang. Tiba-tiba guru tersebut mengatakan bahawa ada set tugasan matematik yang tidak ditandatangani, aku masih tidak perasan bahawa set tugasan tersebut adalah set tugasan aku (duss, yakin sangat kan). Set tugasan yang tidak ditandatangan tersebut telah dikoyak di hadapan kelas menjadi kepingan-kepingan kertas seperti kepingan jigsaw puzzle (mungkin masa ni aku dah mula perasan bahawa kesemua set tugasan itu adalah kepunyaan aku).

Selepas mengoyak kesemua set tugasan aku, guru tersebut menyuruh pelajar yang berkenaan (iaitu aku) untuk menyambung balik kesemua set tugasan yang telah dikoyak dan perlu dihantar pada hari itu juga. Maka bermulalah cerita menyambung kepingan jigsaw puzzle dengan cellophane tape (terima kasih aku ucapkan kepada tuan-tuan empunya cellophane tape).

Sepanjang hari itu, aku dan rakan sekelas (tak terbalas jasa mereka yang telah membantu aku) telah bertungkus lumus menyiapkan beberapa set jigsaw puzzle tugasan matematik. Setelah berjaya menyiapkan sambungan set-set tersebut, aku menanti guru tersebut untuk lalu di tepi kelas kami. Apabila guru tersebut melalui kelas kami, aku terus menyerahkan set-set tugasan matematik tersebut. Guru tersebut berkata, “Ingat sampai mati.” Dengan ini, berakhirlah cerita pendek aku.

p/s:

Kisah ini aku tulis bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi hanya sebagai ingatan mengenai perkara yang berlaku dalam hidup aku dan juga penghargaan kepada rakan sekelas dahulu yang sama-sama susah senang bersama aku. Jika perkara seperti ini tak berlaku dalam hidup aku, mungkin aku bukanlah diri aku yang sekarang. Aku tinggalkan lirik lagu Sabar dari Ismail Izzani kepada anda semua…

Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabra
Agar bahagia di sana
Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan laguku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti
Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana
Now I’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no

Yang benar
Anonymous

 

Filed Under: Group News

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Us

A research group under supervision of Assoc. Prof. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, sitifairus@ukm.edu.my

Contact Us

Dr. Siti Fairus Binti Mohd Yusoff

Telephone : 03-89214215
Fax : 03-89215490
Email : sitifairus@ukm.edu.my

Join Our Group

Interested in joining the group?

We are always interested in hearing from students who are interested in graduate studies at UKM. Please contact Dr. Fairus to discuss project availability.

Connect With Us

Want to keep up with what's going on at the group? Follow us across our Social Networks.
  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Linkedin
  • Twitter
  • YouTube

Copyright © 2025 · The Fairus Group · Elfbytes Web Hosting · Log in