The Fairus Group

  • Home
  • DSF Profile
    • Achievement
  • Research
  • Publications
    • 2019
    • 2018
    • 2011-2017
  • Group
    • Current Members
    • Former Members
  • Contact

PART 4: BUDAK FORECAST BATCH 9 (LAST BATCH KATANYA ….)

December 22, 2017 By Admin Leave a Comment

Orang selalu cakap kertas peperiksaan percubaan SPM di MRSM lagi susah berbanding peperiksaan percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah menengah biasa. Bukan itu sahaja, ianya berganda susah daripada peperiksaan yang sebenar.

Betul atau tidak?

Pada saya BETUL. Memang susah. Sangat susah!

Di MRSM, keputusan peperiksaan percubaan SPM (yang susah tu) boleh digunakan untuk membuat permohonan kemasukan ke program lepasan SPM tajaan MARA (tidak pasti proses sebegini ada di sekolah lain atau tidak). Sekadar berkongsi, keputusaan trial SPM saya hanya sekadar cukup makan untuk melayakkan diri memohon ke program tersebut. Disebabkan saya takut untuk memohon program ke luar negara (kampung girl meh), dengan itu saya hanya memohon untuk program lepasan SPM di dalam negara sahaja. Seingat saya, prosesnya sangat mudah iaitu hanya perlu mengisi borang dan sertakan keputusan trial SPM. Nama program tersebut adalah Ekspress Mara-UTM. Program ini meliputi 2 peringkat iaitu calon yang terpilih perlu mengikuti kursus asas selama satu semester (Disember-Mei) dan calon yang lulus peperiksaan SPM dan peringkat asas ini akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Sains dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai (UTM Skudai).

Alhamdulillah.. Nasib saya cukup baik apabila permohonan saya diterima untuk mengikuti program Ekspress MARA-UTM. Bersama-sama saya ada lagi 8 orang pelajar daripada MRSM Kuala Krai yang turut menerima tawaran yang sama. Namun, saya kurang mengingati bilangan pelajar dari merata tempat di Malaysia yang mendaftar pada tahun tersebut (2004). Secara keseluruhannya, kesemua pelajar yang terpilih dari MRSM seluruh Malaysia telah dibahagikan kepada 3 seksyen (kelas) yang berbeza (saya di seksyen 2 bersama-sama dengan suami-to-be ehhhhh). Senior yang menguruskan hari orientasi kami memanggil batch kami FORECAST BATCH 9 (katanya batch yang terakhir tapi tidak…. rupanya masih kekal sehingga ke hari ini J).

Seakan-akan dibuai mimpi dan bagaikan tidak percaya, saya telah mendapat tawaran untuk belajar di universiti (walaupun permulaannya untuk program ASASI). Saya gembira, keluarga saya pun turut berasa gembira. Masakan tidak, saya merupakan orang pertama (dalam keluarga besar) yang diterima masuk ke sekolah berasrama dan juga yang pertama melangkahkan kaki ke menara gading. Untuk mengikuti program Ekspress Mara-UTM tersebut, saya perlu mengembara ke Skudai, Johor. Saya telah dihantar oleh bapa saya dengan menaiki bas ekspress Transnasional (Tumpat-Johor Bahru). Perjalanan selama semalaman tersebut merupakan perjalanan kali pertama ke negeri Johor. Tiada siapa menyangka bahawa bermula detik itu Johor merupakan rumah kedua saya selepas Kelantan (husband orang Johor juga).

Bersambung….

 

Filed Under: Group News

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Cross-linked Rubber
  • PART 4: BUDAK FORECAST BATCH 9 (LAST BATCH KATANYA ….)
  • Part 3: PERMULAAN YANG BARU
  • Part 2: BAPAKU PULANG DARI KERJA, BAPAKU PANDU KERETA KURA-KURA
  • Part 1: Malu!

About Us

A research group under supervision of Dr Siti Fairus Mohd Yusof, sitifairus@ukm.edu.my

Contact Us

Dr. Siti Fairus Binti Mohd Yusoff

Telephone : 03-89214215
Fax : 03-89215490
Email : sitifairus@ukm.edu.my

Join Our Group

Interested in joining the group?

We are always interested in hearing from students who are interested in graduate studies at UKM. Please contact Dr. Fairus to discuss project availability.

Connect With Us

Want to keep up with what's going on at the group? Follow us across our Social Networks.
  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Linkedin
  • Twitter
  • YouTube

Copyright © 2019 · The Fairus Group · Elfbytes Web Hosting · Log in